KilatFrame

Upload video HD ke TikTok tanpa pecah

Pilih video, tekan proses, muat turun. Kualiti asal dikekalkan tanpa encode semula, dan fail disusun gaya TikTok HD supaya kurang dimampat. Video diproses dalam peranti anda.

KilatFrame PRO

RM5sekali bayar
Video asal

MP4 atau MOV. Video bawah 1 minit paling lancar.

Proses
Gaya TikTok HD aktif Fail disusun khas untuk upload HD di TikTok. Bila dimainkan di PC atau galeri, video mungkin nampak perlahan; itu normal. Upload terus melalui TikTok web tanpa diedit.
Selepas muat turun

Cara upload supaya video tak pecah

  1. Jangan ubah fail. Jangan edit, potong, atau hantar video melalui WhatsApp/Telegram dahulu. Setiap kali fail diproses semula, kualiti jatuh.
  2. Guna komputer. Buka laman upload TikTok di pelayar komputer seperti Microsoft Edge, Google Chrome atau Safari: tiktok.com/upload. Upload melalui web dimampat kurang berbanding app telefon.
  3. Log masuk akaun TikTok anda, kemudian pilih fail video yang dimuat turun dari KilatFrame.
  4. Hidupkan pilihan upload HD atau kualiti tinggi jika ada.
  5. Jangan guna editor TikTok. Tambah teks, filter, muzik atau potong video dalam TikTok akan buat TikTok encode semula. Siapkan semua edit sebelum guna KilatFrame.
  6. Tetapkan "Who can watch" kepada Everyone, tulis kapsyen, dan tekan Post.

Kalau terpaksa guna telefon, hidupkan "Upload HD" / "Allow high-quality uploads" dalam skrin post TikTok, dan matikan Data Saver.